Resepi 78 : Ketayap inti Kelapa

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari ni aku buat kuih melayu.
Dah lama rasenye tak update pasal kuih muih nih.
Asyik buat kek je.
tak pon lauk pauk kan.
haha

Bile buat kuih melayu nih,
mule lah nak sentimental.
Teringat kat kampung halaman.
huhu.


Tak sabar rasenye nak balik
bulan 8 nanti.
Raya oh Raya.
hihi

Okeylah, buat kuih ni sangat simple.
orang yang malas (mcm aku) pon
boleh buat.
Dan of course la sedap kan.
Sesuai lah utk breakfast ataupon minum petang.


Sumber resepi : Potret Kasih

BAHAN BAHAN
(10 biji)

kulit ketayap
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 1/3 cawan susu cair/santan cair
2 helai daun pandan (ganti ngn perasa pandan)
secubit garam
beberapa titik warna hijau
1 sudu majerin dicairkan

inti kelapa
200g parutan kelapa
150g gula melaka/merah
secubit garam
sedikit air
1 helai daun pandan (ganti ngn perasa pandan)
1 sudu tepung jagung

p/s : kalau ikot resepi ni intinya ade lebih.

CARA CARA

inti
1. Masukkan kesemua bahan2 kedalam kuali. Dengan menggunakan api yg kecil, masakkan bahan2 tersebut sehingga gula sebati dengan kelapa. Tutup api dan angkat. Ketepikan

kulit ketayap
1. Masukkan kesemua bahan2 tersebut kedalam blender (nak senang). Kisar sebati. Kemudian, tuang didalam mangkuk yg sesuai.
2. Jangan takut kalau adunan tersebut cair sebab consistency macam tulah yg kita mahukan. 
3. Didalam pan (dasar leper) yg digris dengan minyak (jgn letak bnyk minyak pulak), curahkan 1 senduk adunan. Kemudian, gerakkan pan tersebut sehingga adunan rata membentuk bulat (ala2 buat crepe). Biarkan beberapa ketika sehingga adunan kering dan balikkan. Untuk 1 lapisan kulit ketayap hanya memerlukan lebih kurang 1 minit sahaja. Tak lama pon.
4. Kemudian, gulungkan bersama inti. Siap!

ENJOY!



Comments

Popular Posts