Resepi 47 : Japanese Style Strawberry Shortcake


Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Memandangkan hari ni ade majlis,
bawaklah sedikit buah tangan.
So, terbuatlah cake nih.
Resepi nih aku ambil dari youtube channel ochikeron.
Resepi asal ade guna alkohol,
tp aku ganti dengan perasa strawberry.

Tapi tulah, 
tak dapat nak display camne rupa bile
kek ni dah dipotong.
yelah, nak bagi orang kan.
Tak manis lah pulak kalau kita yg belah dulu.
hihi.
Bahan2 kek ni mudah.
Simple. 
Tapi, masalahnye adelah masa.
Sapa yng nak buat kek ni,
disarankan dpt arrange masa tulah.
if, ade majlis lusa,
pastikan esok dah siap2 buat kek ni ye.


BAHAN BAHAN

untuk sponge cake (18cm)
2 biji telur - disuhu bilik
60g gula halus
60g tepung kek/gandum (aku guna tepung superfine) - diayak
20g butter - dicairkan

untuk syrup
20ml air panas
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil perasa strawberry

untuk cream dan filling
strawberry segar
300ml whipping cream/fresh cream
1 1/2 sudu kecil gula
1 sudu kecil vanilla extract
1 sudu kecil perasa strawberry
sos strawberry / strawberry jam

CARA CARA

Panaskan oven 170c.

untuk sponge cake.
1. Whisk kan telur seketika didalam mangkuk besi. Kemudian, masukkan gula dan diletakkan mangkuk besi tersebut dibawahnya air panas. Sambil itu whisk kan sehingga gula larut. Apabila suhu telur tersebut agak panas (mcm suhu badan), angkat dan putarkan guna electric whisk sehingga gegu dan kembang.
2. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit. (aku bahagikan 3 bahagian). Gunakan wire whisk tadi dan kacau berhati2. Jangan terlalu kuat mengacau. 
4. Gunakan spatula, masukkan butter sedikit demi sedikit dan kacau dengan cara kaup balik. Kacau jangan terlalu kuat. Perlahan sahaja.
5. Letakkan adunan didalam loyang. Kemudian, hentakkan sedikit loyang tersebut untuk mengerluarkan udara didalam adunan.
6. Bakar dalam masa 25 minit atau sehingga masak. 
7. Setelah masak, sejukkan seketika. Kemudian, wrap kan kek tadi dan simpan didalam peti ais selama lebih kurang 2 jam atu sehingga kek mudah dipotong. (aku simpan semalaman. Mmg senang nak potong utk bahagikan 2 bahagian)

untuk syrup.
1. Masukkan semua bahan dan kacau. Biarkan.

untuk cream.
1.  Masukkn semua bahan kecuali fresh strawberry. Putarkan dengan kelajuan maksimum sehingga kental dan brtanduk. 

Penyediaan
1. Potongkan kek 2 bahagian dan sapukan bahagian yang dipotong dengan syrup.
2. Ambil beberapa strawberry untuk dipotong dadu untuk buat filling. 
3. Ikut tururan berikut untuk men'sandwich'kan kek :
Lapisan kek yang disapu syrup ---> cream ---> strawberry yang dipotong dadu ---> cream ---> lapisan kek kedua ---> cream untuk cover keseluruhan kek. 
4. Lebihan strawberry boleh dibuat hiasan. Pastu, bolehlan decorate ngan sos strawberry /  strawberry jam!
5. Sebelum dipotong, letakkan didalam peti ais untuk di'set'.

ENJOY!

Comments

Popular Posts