Resepi 25 : Quiche Ayam dan Cendawan


Assalamualaikum wbt

Hari ni nampaknye aku rajin lagi nak update blog.
Bile rajin update blog maknenye rajinlah nak memasak2 nih kan.

Resepi harini aku amik dari blog Juara Masterchef pertama Malaysia.
Sape lagi kalau bukan Chef Dr. Ezani.
Mase program masterchef ni berlangsung,
aku minat gile2 ngan ezani nih.
Masakan dy sgtlah nampak sedap dan kretip.

So, aku pon trylah resepi yang dia tulis kat blog tu.
tapi, aku ubah la sikit2 sukatan dy sbb aku nak buat kecik je.
hihi

BAHAN BAHAN

pastry
150g tepung gandum
90g mentega sejuk (dipotong kiub)
secubit garam
2-3 sudu air sejuk

inti
110g ayam boneless (dipotong dadu)
2 batang sosej
60g cendawan butang / apa2 jenis cendawan
1/2 biji bawang besar (dicincang)
2 biji telur
100ml sour cream / plain yogurt
100ml susu penuh krim / susu segar
hirisan keju secukupnya
garam dan lada hitam scukupnya

CARA CARA

1. Panaskan oven 220c.

pastry
1. Didalam mangkuk pengadun atau food processor, masukkan tepung,mentega,dan garam. 
2.Setelah agak berketul2, masukkan air sesudu demi sesudu. Adun adunan tersebut sehingga seperti doh.
3. Angkat doh terebut dan warp dengan wrapping plastik. Kemudian masukkan kedalam peti ais selama 30 minit.

inti
1. Sementara menunggu doh didalam peti ais, sediakan inti. Didalam kuali panas berserta sedikit minyak, masukkan bawang. Sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan kacau sehingga agak masak. 
3. Masukkan sosej dan cendawan. Kemudian masukkan secubit garam. Kacau sehingga masak sempurna.
4. Tutup api kuali dan biarkan inti tersebut sejuk.
5. Didalam mangkuk lain, masukkan 2 biji telur dan whisk sebati. Kemudian masukkan sour cream kedalam adunan dan susu segar. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan sedikit garam dan lada hitam. gaul sebati dan biarkan.

penyediaan
1. Uli doh dengan sedikit tepung supaya tidak melekat. Uli sehingga ketebalan doh 2-3mm.
2. Didalam tin quiche / tart, masukkan doh tersebut dan ratakan. Lebihan doh bolehlah dibuang. Saya guna tin berukuran 9inci.
3. Masukkan bahan2 masakan inti tadi diatas doh dan ratakan. 
4. Taburkan cheese diatasnya dan tuangkan adunan telur tadi. Tuang rata. 
5. Didalam oven 220c, masukkan quiche tadi selama 20 minit.
6. Selepas itu, turunkan suhu selama 170c dan masak selama 35-40 minit.
7. Biarkan sejuk sedikit sebelum dipotong. 

SELAMAT MENCUBA!


Comments

Asmara said…
hi Is! wah sedap ni. nak buat la nnti. :D tq bg idea n resepi! :D
A.B.M said…
hi kak as! hihi. same2 lah kite kongsi2 resepi. nnt ingtkn nak wat resepi roti garlic akak tu. :)
Unknown said…
Slm kak. Pastry tu tak blind bake dulu ke? Terus je bakar skali dgn inti?
Unknown said…
Slm kak. Pastry tu tak blind bake dulu ke? Terus je bakar skali dgn inti?

Popular Posts