Resepi 5: Oreo Crunchy Cake
Assalamualaikum WBT
Pade kali ini, nak kongsi satu resepi yg diolah sesuke hati
oleh tuan tanah blog ni. haha.
Actually, esok ade majlis makan2 sikit ngn kawan2.
Jadi tercetuslah idea buat kek ni.
Kek ni takdelah tebal mane.
Pakai loyang untuk buat brownies.
Ketebalan cake ni pon same ngn ketebalan brownies cake.
Dari sudut kaler, takdelah cantik mane rupa kek ni.
Tapi, dari segi rasa, mmg sedap la jugak.
Cake yg crunchy kan.
Jarang orng buat.
:)
Kalau terase nak cuba, bolehlah amik resepi ni. hihi.
BAHAN BAHAN nye adelah:
140 gram butter/majerin
1 cawan gula
2 biji telur
2 sudu teh esen vanilla
2/3 cawan tepung gandum
80 gram susu pekat
120 gram coklat (tak kesah coklat ape pun) - dicairkan
1 sudu makan serbuk koko
18 keping biskut oreo - Dihancurkan (jangan terlalu halus)
Serbuk Almond (ikut suka nak banyak mana)
CARA CARA membuatnya:
1. Masukkan butter dan gula. Putar sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu. Putar lagi sehingga sebati.
3. Masukkan esen vanilla dan tepung gandum. Putar sebati.
4. Masukkan serbuk almond kedalam adunan. Guna spatula, kacau sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua. Adunan yang pertama, masukkan serbuk koko,
kemudian masukkn coklat yg dicairkan tadi. Kacau sehingga sebati.
6. Adunan kedua, masukkan susu pekat dan kacau sebati.
7. Didalam loyang, masukkan kedua-dua adunan. Pastikan jangan digaul. Ini kerana,
saya nak kek ni ade rasa coklat dan ada rasa susu. :)
8. Setelah siap, taburkan oreo tadi keatas adunan kek. Saya jugak pancitkan susu pekat ke atas oreo.
Kalau taknak letak pun tak apa. :)
9. Panaskan oven 160 darjah celcius dan bakar dalam masa 20-25 minit.
Bergantung kepada oven. Setelah siap, sejukkan dahulu. Barulah boleh dipotong. :)
p/s: kalau rase2 adunan kek agak pekat, bolehlah tambah dengan sedikit susu segar. :)
Haa, mcm mane? kalau berminat, cubalah! ^^
Comments