Resepi 4: Ayam bersama Sayuran Papprik


Assalamualaikum WBT

Untuk makan malam hari ini,
saya masak menu simple dan sihat la jugak.
sebab ape saya bgtawu mcm tu,
kerane, dalam menu ni ade protien dan ade vitamin nye.
ade ayam, ade sayuran.
sihat la tu kan?
hihi.

baiklah, kat sini nak kongsi resepi menu ni.
sangat simple mimple!
resepi ni untuk 2-3 orang makan. 


BAHAN BAHAN nye adelah:

1 mangkuk ayam boneless yang dipotong kecil
1/2 bawang besar - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu pes chili
1/2 lobak merah (kalau suka letak 1 biji) - dihiris panjang
1/2 bawang besar - dihiris
1/4 kobes (nak kurangkan pun boleh) - dihiris
1/2 kiub pati ayam
secubit garam
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos chili
3 helai daun limau purut
sedikit daun bawang - untuk hiasan (optional)
1 sudu makan tepung jagung - untuk pekatkan kuah (kalau taknak xpe)
minyak utk menggoreng
sedikit air

CARA CARA nya

1. Panaskan minyak didalam periuk dan masukkan bahan2 yg dikisar dan pes chili.
2. setelah naik bau, masukkan ayam, sos tiram, sos chili dan sedikit air. Gaul sebati kemudian tutup periuk.
Biarkan ayam masak seketika.
3. Setelah ayam hampir masak, masukkan lobak merah, bawang besar, daun limau purut dan kobes. Jika air kurang, masukkan sedikit air. Tutup periuk. Biarkan sayur masak dan lembut.
4. Kemudian, masukkan secubit garam dan kiub pati ayam. Jika mahu kuah pekat, masukkan tepung jagung.
5. Biarkan beberapa minit. Siap! Bolehlah dihias dengan daun bawang. 

Kalau nak lagi sedap, masukkan lah jagung kecik2, kacang panjang dan ape2 jelah sayuran yg suke.
^^

Selamat Mencuba :)




Comments

Popular Posts