Resepi 2: Kek Lapis Keju Tembikai

Assalamualaikum WBT

Disebabkan hari ini hari pertama aku berblogging,
so, terasa rajin lah nak menaip ni kan.
since, homework pon tak ade sangat.

Resepi ni aku tgk kat internet sebenarnye,
tapi aku olah la sikit2.
ikut barang ape yang ade dekat dapur.
hihi.

so, jadilah kek lapis ini.
aku sangat suke makan kek lapis ni.
buatnye mmg agak leceh, tapi bile dah siap
sangatlah berbaloi!


tapi, bile dah siap camni,
mmg sayanglah nak makan!
tapi, apekan daya.
TERPAKSA jugalah makan.
hihihi

ok, ini BAHAN-BAHAN yang digunakan.

8 biji telur
120 gram gula (kalau nak manis boleh tambah lagi)
150 gram tepung hong kong (tepung ni tak ade, guna tepung gandum biasa je)
1 sudu besar ovalette
80 gram santan serbuk
350 gram mentega (biar lembut)
200 gram krim keju
320 gram susu pekat
chocolate chip secukupnya
pewarna hijau dan merah

CARA CARA membuatnya:

1. Masukkan telur dan gula. putarkan sehingga kembang.
2. kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit. selepas itu, masukkan ovalette kedalam adunan.
putar sehingga sebati.
3. Masukkan santan serbuk sedikit demi sedikit. pukul sehingga sebati.
4. Didalam mangkuk lain, putarkan krim keju, susu pekat dan mentega sehingga pekat dan sebati.
5. kemudian, masukkan ke dalam adunan (3) dan gaul sebati.
6. bahagikan kepada 3 bahagian. untuk warna merah, biarkan lebih. 
untuk warna hijau pula kurang daripada warna merah.
dan warna original pula kurang daripada warna hijau.
7. panaskan oven 170 darjah celcius.
8. saya guna setiap lapisan 1 senduk sahaja. masak setiap lapisan selama 5-6minit.
9. bila sudah sampai ke bahagian merah, taburkan chocolate chip. (ikut suka)
10. ulang sehingga habis.

kek ni agak leceh, tapi bila dah siap, sangatlah puas hati! :)

Cubalah!



Comments

Amy A. said…
maknenye kan...bubuh sikit bakar 5 minit, bubuh lg bakar 5 minit lg (n seterusnye) ke?........
A.B.M said…
Yup, mcm tu lah. sampai adunan habis. :)

Popular Posts