Resepi 296 : Citrus Chiffon Cake

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Dah lama rasanya ABM tak buat
chiffon cake ni
Tetibe teringin pulak nak makan
kek yang selembut kapas ni
di petang hari.


Beberapa hari lepas juga,
ABM ternampak resepi
citrus chiffon cake kat blog
Tapi, ABM ade kurangkan
jumlah sukatan sebabnya
ABM guna loyang yang kecil sedikit
berbanding loyang yang digunakan
dalam resepi tu.


BAHAN BAHAN
(20cm loyang lubang tengah)

Bahan A
150g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
secubit garam

Bahan B
4 biji kuning telur
70g gula kastor
150ml jus citrus (ABM guna lemon dan oren)
1 biji parutan kulit lemon
1 biji parutan kulit oren
85ml minyak sayuran 

Bahan C
4 biji putih telur
70g gula kastor
1/2 sudu kecil cream of tartar (boleh ganti dgn jus lemon)


CARA CARA
1. Panaskan oven 170c
2. Ayakkan bahan A dan ketepikan. Didalam mangkuk lain, satukan bahan B dan pukul sebati.
3. Masukkan bahan A kedalam bahan B dan gaul sebati.
4. Didalam mangkuk lain, pukul putih telur sehingga berbuih. Kemudian, masukkan gula dan cream of tartar dan pukul sehingga kental.
5. Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan kedalam adunan citrus tadi. Kaup balik sebati. Masukkan putih telur selebihnya dan kaup balik sebati. Jgn terlebih gaul pulak ya.
6. Masukkan kedalam loyang yang TIDAK di griskan dengan mentega. Bakar selama 40-45 minit.
7. Bila dah siap, keluarkan dari oven dan telangkupkan loyang supaya kek tak mendak. Bila dan sejuk, barulah dikeluarkan dan dipotong. Enak dimakan bersama aiskrim.

ENJOY!

Comments

Julia said…
Salam tuan rumah..warna kek yang cukup cantik dan pasti sedap!
Anonymous said…
Assalamualaikum ABM nampak gebu sungguh sturktur kek chiffon ni...mmg terbaeekk...
cheq da said…
Sedapnya abm..cheq da relaks sekejap membaking..enjoy di kg

Popular Posts