Resepi 273 : Kek Durian Delight

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM buat kek durian
untuk dibawa makan malam ni 
sebabnada bbq dengan 
kawan2 kat kampung ni.
Sebelum balik Malaysia aritu,
ABM memang pasang niat untuk buat
kek durian delight ni.
Sebabnya ABM memang suka sangat2 durian.
Bak kata orang tu "hantu durian"!


Untuk resepi pulak,
ABM rujuk kat blog Sky Blue's Kitchen.
Tapi ABM tak ikut 100 peratus la.
Sekadar rujukan je.
Macam resepi kek tu ABM olah je
sikit2 apa yang ABM pernah buat sebelum ni.
Memang creamy dan sedap lah!!
Tak percaya? Kena lah cuba.

opss, Hujan Emas sebenarnya. HAHAHA

BAHAN BAHAN
(loyang 18cm)

Kek Span Vanilla
bahan A
3 biji kuning telur
100g gula halus (blender halus gula biasa)
50g minyak sayuran
150g tepung gandum
2 sudu kecil vanilla
1 sudu kecil baking powder
100ml air (nak ganti susu segar pon boleh)

bahan B
3 biji putih telur
1/4 sudu kecil cream of tartar
60g gula kastor

Cream Durian Delight
500g isi durian (dikisar)
250ml non-diary whipping cream
1 sudu kecil gelatin halal
2 sudu besar air

Outer Layer Cream
100ml non-diary whipping cream
1 1/2 sudu besar gula (Jika guna whipping cream yg tawar)


CARA CARA

Kek Span Vanilla
1. Satukan kesemua bahan A kedalam mangkuk dan gaul sebati. Ketepikan.
2. Putarkan putih telur dan cream of tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan putar sebati lagi sehingga kental. Jika diterbalikkan mangkuk, putih telur tak tumpah.
3. Masukkan sedikit putih telur dan masukkan kedalam adunan tepung. Kaup balik sekata. Masukkan lagi selebihnya dan kaup balik sebati.
4. Panaskan oven 170C. Masukkan adunan kedalam loyang dan hentakkan sedikit.
5. Bakar didalam oven selama 45-50 minit bergantung pada oven. Bila dah siap, sejukkan diatas redai.

Cream Durian Delight.
1. Didalam mangkuk kecil tahan microwave, masukkan gelatin dan air. Masukkan kedalam microwave dan gaul sehingga gelatin cair sepenuhnya. Ketepikan.
2. Putarkan whipping cream sehingga kental.
3. Masukkan gelatin kedalam isi durian yg dikisar. Gaul rata. Masukkan pula whipping cream dan kaup balik sebati.

Outer Layer Cream
1. Pukul whippng cream dan gula (optional) sehingga kental dan ketepikan.
(Buat sebaik sahaja kek sudah disejukkan didalam peti ais)

Penyediaan.
1. Belah kek kepada 3 bahagian. Setiap layer diletakkan cream durian delight tersebut. Salut bahagian luarnya juga.
2. Biarkan sejuk didalam peti ais selama 1 jam sebelum disapu bahagian luarnya. 
3. Sapukan whipping cream dibahagian luar dan decoratelah ikut citarasa.

ENJOY!

Comments

Mat Gebu said…
Serius che mat tabik dgn ABM.....ehemmm... *____^
A.B.M said…
Thanks che mat! Sumber inspirasi ABM! :)
Zatie ismail said…
Wow..marveles kek :-) nak cube jgk...
temptingnya kek ni tmbah2 lagi utk durian lover mcm ak.. salute to ABM, ko dah jd antara sumber inspirasi utk ak terus aktif sharing. thanks. =D
A.B.M said…
zatie,
mmg best kek ni.
creamy! :)
A.B.M said…
majduddin,
smelah. durian lover gak ni :)
thanks sbb sudi jenguk2 sini.
sme2 lah kita sharing menyering..
sharing is caring kan :D
ummiaisyah said…
alololo...sedapnya kek derian!!!
Unknown said…
Hello, after reading this awesome piece of writing i am too delighted to share my know-how here with colleagues.
microsoft toolkit 2.5.6
Big Dreamer said…
It happens to be an excellent in addition to valuable section of data. I am delighted for you to provided this handy data along with us. Make sure you stay you well informed such as this. Thanks for sharing.
Teamviewer 10 Crack
Efahsalim said…
Alhamdulillah memang tgh cari resipi kek durian delight.
Emily Kenzie said…
yummmmm! Amazing i love it.
Victoria Carey said…
Wow! Nice post thanks for share with us.
Unknown said…
Sharing New Year 2018 Images with companions on social average happy new hd photos for fb on any piece of the world has turned out to be truly simple nowadays, Thanks to propelling innovation
Chepah said…
Saya mohon share resepinya. Anak saya sangat suka kek durian. Semasa di Sabah dulu ada seorang guru yang jual kek durian yg sangat sedap. Sampai sekarang dah 17 tahun balik kl masih teringat akan kek beliau. Saya akan cuba buat utk birthday anak saya....Semoga encik ABM bertambah sukses...
Ahmed worweb said…
IDM enables users to download files, videos, and other content acceleratedly by breaking them into segments and employing multi-threaded technology. Internet Download Manager Cracked user-friendly interface and comprehensive features, including scheduling and pausing downloads, make it an essential tool for efficient and organized downloading.

Popular Posts