resepi 262 : Kuih Seri Muka - Keserian Terserlah!

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


HAri ni ABM buat satu jenis kuih melayu
untuk dibawa pada malam ni.
Ada kawan kat sini buat majlis berbuka puasa
kat rumahnya.
So, alang2 tu, ABM pon buatlah kuih ni.


Sebenarnya ABM peminat kuih ni.
Dgn rasa pandan dan pulut tu,
mmg sedap lah bagi ABM.
Tapi, kali ni ABM buat tak tau lah rasanya macam mana.
Sbb puasa kan.
So, ikut jelah resepi.
TApi, utk kuih ni,
ABM rujuk dari 2 sumber.
Untuk bahagian lapisan pulut, 
ABM rujuk kat blog jintan manis.
Untuk lapisan atasnya pula,
ABM rujuk kat blog Resepi Ibu.
Ini kerana, kat blog jintan manis tu
kak ros pakai beras pulut jepun.
ABM pon guna beras pulut yg sama.
Tapi, kat bawah ni,
ABm sertakan sekali resepi guna beras pulut jepun
dan juga beras pulut malaysia.


BAHAN BAHAN
(loyang 20cm)

Lapisan Bawah (Beras Pulut Jepun)
1 1/2 cawan beras pulut jepun
2 cawan air
sedikit garam
1 sudu kecil minyak masak

Lapisan Bawah (Beras Pulut Malaysia)
2 cawan beras pulut malaysia
2 cawan santan cair/air (jika taknak berlemak)
sedikit garam

Lapisan Atas
2 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
beberapa helai daun pandan (ABM pakai esen pandan)
1 biji telur
sedikit garam
sedikit pewarna hijau


CARA CARA

Lapisan Bawah (Beras Pulut Jepun)
1. Bersihkan beras. Masukkan kesemua bahan dalam periuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
2. Sediakan loyang yg sudah dilapik dengan plastik dan disapu minyak. MAsukkan pulut yg sudah dimasak tadi dan tekan tekankan sehingga mampat. Ketepikan.

Lapisan Bawah (Beras Pulut Malaysia)
1. Rendam beras pulut selama 3 jam (30 minit pon dah ok kot).
2. Sediakan air kukusan. Kemudian, masukkan kesemua bahan kedalam bekas untuk dikukus. Kukus sehingga 30 minit. Paras beras dan air hendaklah sama banyak.
3. Setelah masak, masukkan kedalam loyang yg disediakan tadi dan mampatkan. Ketepikan seketika.

Lapisan Atas
1. Masukkan kesemua bahan kedalam blender. Kisar sehingga sebati.
2. Tapis adunan untuk mendapatkan adunan yg licin.
3. Masukkan kedalam loyang tadi dan kukus selama 40 minit (ABM kukus selama 50 minit). Pada setiap 10 minit hendaklah dibuka tudung kukusan supaya keluarkan wap airnya.
4. Sejukkan sepenuhnya barulah senang untuk dipotong.

ENJOY!

Comments

Cida de' Nuanza said…
kuih seri muka mu sgt berseri-seri!
Unknown said…
Cantik kaler srimuka ni..nk buat jugaklh.

Popular Posts