Resepi 212 : Almond Chocolate Mousse inside Chocolate Cup

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Tiup2 sikit habuk dalam blog ni.
Lama dah tak update.
Exam ABM tinggal lagi 3 papers je.
Esok ada satu.
Next week hari selasa ade satu,
then last day exam ari rabu ade satu.
Tak sabar dah nak balik Malaysia sebenarnya.
Tengok kengkawan yg lain ade yang dah abes exam
jeles jap.
haha.


Okeylah, harini ABM buat dessert yg fully chocolate!
Sape yg suka coklat? Angkat tangan!
haha.
Dessert ni sangat menarik!
Bukan je menarik sebab cup tu boleh makan,
tapi sangat cantik!
Ditabur pulak dengan cocoa powder kat atas dessert ni.
Pehhh! meletop!
haha
Okeylah, sesape yang nak try resepi,
ley cuba. Kompom korang akan rasa,
"eh, senang gila dessert ni! dah la senang, sedap pulak!"
ABM dapat resepi dari blog Dulce Delight


BAHAN BAHAN

chocolate cups (16 cawan kertas saiz kecil)
100g coklat (ABM guna milk chocolate) - apa2 jenis yg disukai

almond chocolate mousse (boleh isi 25 cawan kertas saiz kecil)
130g coklat (ABM guna milk chocolate) - apa2 coklat yg disukai
2 biji kuning telur - saiz L
2 sudu besar gula icing/powdered sugar
1 sudu besar bancuhan air kopi (ABM guna espresso) - optional
2/3 cawan whipping cream
1/4 cawan almond (yg disangai dan dikisar) - nak lebih pon ok

p/s : jumlah cawan dan mousse tak tally, so, pepandai lah budget brape banyak coklat yg patut digunakan untuk buat cawan coklat tersebut.


CARA CARA

chocolate cups
1. Gunakan kaedah double boiler dan cairkan coklat. Masukkan lebih kurang 1-2 sudu kecil coklat kedalam cawan kertas dan gunakan berus pewarna yg digunakan pelukis tu (pastikan yg baru ya), salut keseluruhan dalam cawan kertas dengan coklat. 
2. Kemudian, masukkan cawan kertas yg disalut coklat tu kedalam bekas muffin (mengikut saiz cawan yg digunakan), dan buat sehingga habis. Jika bekas muffin tu boleh muat sikit je, buat batch by batch. Sejukkan kedalam freezer selama 20-30 minit.
3. Keluarkan semula cawan tadi dan salut untuk kali kedua. Tengok lah bahagian mana yg nipis, salut lagi. Buat sehingga habis. Sejukkan lagi kedalam freezer selama 20-30 minit. Bila dan betul2 keras, bolehlah tanggalkan kertas tu dengan berhati2 (yg ni kene sabar sikit). Buatlah prosess yang sama sehingga coklat habis jika bekas muffin yg digunakan tu kecil.

p/s : semasa nak tanggalkan kertas daripada coklat, hendaklah dikeluarkan satu persatu. Malaysia kan cuaca panas, takut nanti cawan tu mencair pulak. 

almond chocolate mousse
1. Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boiler. Ketepikan.
2. Didalam mangkuk lain, pukul seketika kuning telur dan gula. Gunakan kaedah double boiler jugak dan whisk kan sebati selama lebih kurang 2-3 minit. Kemudian, alihkan mangkuk dan pukul lagi dengan mixer sehingga 6 minit.
3. Masukkan kuning telur kedalam adunan coklat bersama almond yg hancur dan air kopi. Kaup balik adunan sehingga sebati.
4. Didalam mangkuk lain, putarkan whipping cream sehingga stiff peak, tp jgn terlalu overbeat pulak ya. Masukkan sedikit demi sedikit whipping cream kedalam adunan coklat dan kaup balik adunan sehingga sebati.
5. Masukkan kedalam piping bag dan paipkan mousse kedalam cawan coklat. Cantik dihias diatasnya dengan lebihan almond yg hancur dan serbuk koko. Boleh dimakan terus atau disimpan didalam peti ais.

ENJOY!


Comments

faa.rosli said…
wow..exam2 pon dapat hasilkan dessert yg super duper gojess? look soooooooo nyummeh!
A.B.M said…
hihi. tgh2 study, tgn ni kelain pulak. kekeke
mummy said…
wow my peveret ni.... nasib baik jauh... if next door.. mummy minta 2 tiga biji hehehe :)D
A.B.M said…
hihi. kalau lah dekat kan. bole bg. :)
Unknown said…
Bestnya suke suke nnt nk try...lain dr lain tang coklat cup tu :-)
bestnye lah.. nnti nk cube buat ^_^ thanks for da recipe :)

Popular Posts