Resepi 192 : Granola

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM buat Granola.
Sesape yg tak tahu granola tu apa,
granola ni adalah sejenis light meal yg sesuai
dimakan semasa breakfast mahupon sebagai snack
Dan obviously,
main ingredient granola ni adalah Oats.


ABM dapat resepi dari blog video Laura Vitale
Dah lama sebenarnya nak buat
Tapi asyik terlupa je nak beli Oats.
Dan selalunya nak buat granola ni
disarankan guna Old Fashioned Oats.
Bezanya bentuk Old Fashioned Oats ni lebih besar
berbanding oats yg dah diproses
Kalau nak buat breakfast tu,
just beli yogurt dan dihidangkan bersama Granola ni.
Memang breakfast yg mudah.
Ala2 breakfast mat saleh sikit. hihi
Okeylah, yang nak cuba tu
boleh rujuk resepi dibawah.



BAHAN BAHAN

2 cawan Old Fashioned Oats
1 cawan Almond - dihiris kasar (nak guna apa2 kacang pon ok)
1/2 cawan kismis
1/4 cawan buah tin kering (dried figs)
1/4 cawan dried apricots
1/8 cawan gula perang
1/4 cawan madu
1/4 cawan minyak sayuran
sedikit esen vanila
1/4 sudu besar serbuk kayu manis - nak lebih pon ok
sedikit garam

*buah-buahan kering tu boleh guna apa yg disukai*


CARA CARA
1. Panaskan oven 150c.
2. Didalam mangkuk besar, satukan oats, kacang, gula perang, serbuk kayu manis dan garam. Gaul sebati dan ketepikan.
3. Didalam mangkuk lain, satukan minyak sayuran, esen vanila dan madu. Kacau sebati. Kemudian, masukkan kedalam oats tadi dan gaul sebati. 
4. Gunakan loyang yg besar dan tuangkan campuran oats tadi kedalamnya. Ratakan. Bakar selama 40 minit. Pada setiap 10 minit, bukak pintu oven dan kacau oats kemudian sambung bakar semula sehinggalah tamat. Ini supaya granola dibakar dengan sekata.
5. Bila dah siap, biarkan sejuk seketika. Semasa granola masih suam2, masukkan buah2 kering tadi dan gaul rata. Granola akan mengeras sebaik sahaja ianya sejuk. Boleh disimpan didalam bekas kedap udara.

ENJOY!

Comments

Unknown said…
Mcm bunyi gondola la abm..hehe...klu buh kacang tanah ok dak abm?murah sikit...adoi..dekut btui ni...:D
A.B.M said…
hahaha. gondola pon boleh jugak. ekeke
boleh je. tak kisah pon kacang ape.
hihi
mummy said…
ABM thanks ye, mummy selalu beli je.... ni nak buat lah, nanti gi market cari bahan bahan nye ye..... hehehe TQ
kak mahh said…
Wahhh... Bolehlah akak cuba, belum pernah makan granola.

Popular Posts