Resepi 159 : Sagu Mawar berkuah Santan Gula Melaka

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Hari ni ABM buat satu dessert melayu
yang sangat mudah dan jimat masa


Masa cuti summer aritu,
ABM ade bawak balik biji sagu kat jepun
So, baru hari ni lah teringin nak makan kuih ni
Actually nak buat yang biasa2 je
yang kuih sagu salut kelapa tu je
Tapi, ABM nak ade berkuah sikit
So, search punya search
dapatlah buat menu ni


ABM rujuk kat blog Husmyna Kitchen
Tapi, dia buat dalam portion banyak rasenye
So, ABM separuhkan adunan
Thanks ye for the recipe
Tapi, ABM tak ikot 100%
Ade yang ABM main bantai je
ABM nak buat rasa biji sagunya tak terlalu manis
Just ade rase je
Tapi, untuk kuah santan tu
ABM buat manis sikit
Sebab nak balance kan rasa dia


BAHAN BAHAN
(10 cawan bergantung pada saiz)

sagu mawar
1 cawan biji sagu (warna putih)
2 1/4 cawan air
1 1/2 sudu besar ibu sirap rose
5-7 sudu besar gula (jangan manis sgt)
air secukupnya untuk rendamkan sagu

santan gula melaka
300ml santan dalam kotak
300ml air
4 sudu besar gula perang (ikot tahap kemanisan yg disukai)
4 sudu besar gula melaka (ikot tahap kemanisan yg disukai)
sedikit garam

p/s : kalau kat jepun, ganti gula melaka dengan 黒砂糖.

CARA CARA

sagu mawar
1. Rendamkan biji sagu didalam mangkuk dengan air dan biarkan selama satu jam. Toskan.
2. Didalam periuk, satukan sagu yang ditoskan tadi, air, gula dan sirap rose. Masak dengan api yg sederhana dan sentiasa gaul sehingga sagu tidak lagi berwarna putih dan sagu dalam keadaan likat. Jika ade biji sagu bewarna putih bermakna sagu belum masak.
3. Bila dah ok, matikan api dan masukkan kedalam bekas yg sesuai. Masukkan kedalam peti ais sementara buat kuah santan.

santan gula melaka
1. Satukan kesemua bahan2 dan masak dengan api sederhana sehingga gula larut. Rasa dan bila tawar lagi, masukkan lagi gula melaka. Bila dah sampai tahap kemanisan yg anda suka, matikan api dan biarkan sejuk. Nak letak dalam peti ais pon boleh.
2. Tuang diatas sagu semasa dihidang.

ENJOY!


Comments

Unknown said…
Hehe..baru ja duk pikir nk wat apa dgn sagu yg ada kt dpuq tu..abm dah bg resipi ni..bleh la wat esok..tq abm :D
mummy said…
Salam ABM, wow sooo cute yr sagu lah... ni mesti sedap... boleh lah mummy cuba this weekend... ade lagu latar lagi..... hehehe mummy like:-)D
Unknown said…
My favourite. ..I like. ..

Popular Posts