Tips dan Info : Dulce de Leche - Sos ala Karamel

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM nk try satu teknik
cara2 nak buat Dulce de Leche from scratch.
Iaitu dengan menggunakan susu segar.
Bila tgk cara mudah,
boleh je guna condensed milk.
Tapi kat sini condensed milk sgtlah mahal.
So, ABM pon buat lah dri scratch.
Dulce de Leche Sangat popular di amaerika latin.
Dan merupakan satu sos/cream
dimana rasanya hampir sama dengan sos karamel.
Tapi ABM lg prefer dulce de leche ni lah.
ABM buat ni untuk nak buat satu hidangan dessert
untuk dijual di hari sukan pada hujung minggu ni.
InsyaAllah.
Selain tu jugak, Dulce de Leche ni
boleh dimakan bersama vanilla ice cream sbgai sosnya.
Memang enak.
Takpon diletakkan sedikit diatas cupcake or cake.
Resepi ABM rujuk di Laylita.
Resepi asal guna 2 liter in one pot.
dan time utk buat adalah 2jam-3jam.
Tapi, ABM bahagikan kepada 2 pot.
So, Masa utk buat dapat dipendekkan selama
lebih kurang 1jam setengah untuk membuatnya.
Agak lama tapi ABM gatal tgn nk try kan. hihi
Untuk resepi bolehlah rujuk seperti dibawah.


BAHAN BAHAN
(ABM dapat lebih kurang 2 1/2 cawan)

2 liter susu segar
150-200g gula kastor (ikut citarasa)
1 sudu kecil vanilla esen
1/4 sudu kecil baking soda
secubit garam

CARA CARA
1. Masukkan kesemua bahan2 kedalam periuk. Gaul sebati.
2. Dengan menggunakan api sedehana, kacau adunan. Hati2 bekerja dengan susu sebabnya bila kita tak kacau adunan, nanti susu akan naik kembang dn boleh melimpah. Bila terjadinya seperti itu, hendaklah dikecilkan sedikit api supaya susu tidak naik ke permukaan.
3. Sentiasa kacau sehingga susu menjadi sedikit daripada paras asal.
4. Jika anda buat setengah adunan, pada 45 minit yg pertama, anda akan dapat lihat susu semakin berkurang dan warna susu bertukar menjadi coklat sedikit. Teruskan mengacau.
5. Pada minit ke 60-75, adunan akan menjadi sedikit pekat dan warna susu pon menjadi semakin gelap. Teruskan mengacau lagi.
6. Pada minit ke 90, adunan dah pekat dan warna menjadi seaakan2 caramel. Pada minit ke 90 ini, ABM dh pon matikan api. Tetapi jika anda mahu warna adunan menjadi lagi keperangan, anda boleh teruskan mengacau sehingga pada consistency dan warna yg anda mahukan. Semakin gelap warna, semakin likat adunan. Bolehlah sejukkan seketika sebelum dimasukkan kedalam bekas kedap udara.
7. Boleh disimpan didalam peti ais dan insyaAllah tahan sehingga sebulan.

ENJOY!


Comments

Mia Zara said…
Salam kita nak tanya..cantik sangat abg amik gambar..boleh shae tips ambil gambar tak..kamera..lighting ke..edit ke..position ke..

Terima kasih banyak ye

Popular Posts