Resepi 342 : Biskut Butter Jem Raspberry yang MUDAH! - Cair dimulut!

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera


Alhamdulillah hari ni dapat update satu lagi resepi baru
kat dalam blog ABM ni.
Kali ni ABM buat Biskut Butter Jem Raspberry
atau lebih dikenali sebagai Jam Butter Cookies dalam English.
ABM gunakan Jem perasa Raspberry sebab ABM sangat suka
tahap kemanisan dan kemasaman yang ada dalam Jem Raspberry ni.
Tapi kalau nak buat guna jem lain pun boleh je.
Tak ada masalah pun.


Apa yang menariknya adalah bahan2 yang digunakan
dalam biskut ni sangat la sikit.
Dan ianya boleh didapati di mana2 saja kedai runcit.
Kalau tak silap ada 6 bahan sahaja yang digunakan.
Cara buat pun tak susah.
Pukul, Gaul, Picit, Bakar pastu siap!
Semudah ABC orang kata. hehe
Jadi sesiapa yang nak cuba
boleh la jenguk resepi yang ada dibawah ni ya.
Video Resepi juga ABM telah sediakan di YOUTUBE CHANNEL ABM
iaitu DAPUR ABM.
Pada sesiapa yang belum subscribe tu,
bolehla buat demikian ya.
TERIMA KASIH DAUN KELADI :)


BAHAN BAHAN
(100+/- Biji Biskut)

250g unsalted butter
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil vanilla extract
70g gula icing
270g Tepung gandum - diayak
30g tepung jagung - diayak
Sedikit pewarna kuning - Optional

Jem pilihan - ABM guna Raspberry


CARA CARA
1. Didalam mangkuk, masukkan butter, garam, vanilla dan icing sugar. Pukul adunan sehingga berkrim selama 2 minit. 
2. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan gaul adunan sebati.
3. Masukkan pewarna kuning jika mahu dan gaulkan sebati.
4. Masukkan adunan kedalam piping bag bersama nozzle bergerigi. Paipkan adunan diatas tray pembakar dgn membentuknya bulatan seperti 'rose'.
5. Masukkan Jem kedalam piping bag juga dan potong kecil hujungnya. Paipkan jem di tengah2 adunan biskut.
6. Bakar didalam oven 160*C selama 12-14 minit.
7. Sejukkan diatas redai sebelum dimasukkan kedalam bekas kedap udara.

SELAMAT MENCUBA!

Comments

Popular Posts