Resepi 282 : Kek Puding Caramel Marble - Selembut Warnanya

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Tadi ptg ABM ada bawa kek ni
Sebagai buah tangan untuk
dibawa ke majlis rumah terbuka 
kawan ABM disini.
ABM sangat tertarik dengan
tekstur kek ni sebabnya
diatasnya ada caramel pudding
dan dibawahnya ada sponge cake.


Resepi ABM rujuk di blog Pn Azlita Masam Manis.
ABM sangat tertarik dengan warna yang
digabungkan oleh kak ita.
So, ABM gunakan warna yang sama untuk
dijadikan sebagai warna marble pada kek ni.
Pada mulanya ABM mcm kurang yakin dengan hasil
kek ABM ni.
Tapi Alhamdulillah ramai yang suka.
ABM pon rasa macam nak buat lagi kek ni.
Tapi nak digabungkan dengan warna2 yang lain.
Thanks kak ita for the recipe.



BAHAN BAHAN
(Loyang 8 inci)

Karamel
3 sudu besar gula pasir

Puding
200 ml susu cair
70g gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

*p/s : Jika mahukan lapisan puding tebal, doublekan resepi diatas*

Kek Span Marble

Bahan A
70g gula kastor
3 biji kuning telur
135ml air
45ml minyak sayuran

Bahan B (diayak)
140g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Bahan C
6 biji putih telur
70g gula kastor
1 sudu kecil cream of tartar - bole ganti dgn jus lemon

Bahan D
Pewarna yang digemari
(ABM guna warna turquoise, pink dan purple) 


CARA CARA

Karamel
1. Sediakan loyang 8 inci dan letakkan diatas dapur. Masukkan gula dan masakkan gula sehingga menjadi keperangan.
2. Gerakkan loyang untuk mendapatkan lapisan karamel yang sekata. Ketepikan seketika. Jangan risau jika karamel mengeras.

Puding.
1. Masukkan susu cair dan gula didalam mangkuk. Kacau sehingga gula larut.
2. Didalam mangkuk lain, kacau kuning telur dan vanilla dengan perlahan. Satukan adunan  kuning telur kedalam adunan susu. Kacau rata.
3. Tapiskan adunan kedalam loyang berisi karamel tadi. Ketepikan seketika.

Kek Span Marble
1. Masukkan bahan A (kecuali gula) didalam mangkuk dan pukul sehingga kembang dan warna menjadi pucat.
2. Masukkan gula dan pukul sehingga kembang lagi.
3. Masukkan bahan B yang diayak sedikit demi sedikit dan kaup balik sebati.
4. Didalam mangkuk lain yang bersih, masukkan putih telur. Pukul sehingga berbuih. Kemudian, masukkan gula sedikit demi sedikit dan cream of tartar dan pukul sehingga kental. Jika diterbalikkan mangkuk, putih telur tak tumpah.
5. Masukkan 1/3 daripada putih telur kedalam adunan kek tadi. Kaup balik sebati. Masukkan lagi selebihnya dan kaup balik sebati lagi. Jangan overmix adunan kerana udara pada putih telur akan hilang. Nanti kek tak naik dengan cantik.
6. Bahagikan kek kepada 3 bahagian dan warnakan ikut citarasa. ABM guna purple, turquoise dan pink.
7. Untuk mendapatkan corak marble, sudukan 3 sudu warna purple kedalam loyang berisi puding tadi. Kemudian, masukkan pula 3 sudu adunan warna turqouise. Selepas itu, masukkan lagi 3 sudu warna pink. Ulang sehingga habis. 
8. Goyangkan sedikit loyang supaya adunan kek jadi sekata.

Proses Bakar
1. Panaskan oven 160c.
2. Masukkan loyang berisi adunan kek tadi kedalam loyang kosong yang lagi besar. Kemudian, curahkan air panas didalam loyang kosong tadi. Proses ini dipanggil water bath.
3. Kak ita gunakan api bawah sahaja semasa proses pembakaran. Tapi oven ABM tak boleh adjust api bawah atau atas. Jadi, ABM bakar seperti biasa.
4. Bakar selama 1 jam. Pada 30 minit yang pertama, ABM dapati, diatas kek sudah mulai keperangan, jadi ABM ambil aluminium foil, dan cover atas kek supaya tidak hangus. Pada minit yang ke 7-10 terakhir, ABM keluarkan semula aluminium foil tersebut dan sambung proses bakar.
5. Jika dan siap dibakar, biarkan kek didalam oven sehingga kek merenggang sendiri daripada loyang.
6. Bila kek sudah tak panas, terbalikkan loyang diatas papan kek utk dihidang. Sejukkan kek didalam peti ais untuk lebih enak dimakan.

ENJOY!

Comments

kek ni memang sdp kalau mkn sjuk2..
kalau mkn msti nk lg...
A.B.M said…
Tau xpe. mmg dah lama sgt tak buat kek ni. Sekali dah buat, rasa mcm nk buat lagi. hihi
Adriannasyaz said…
Salam abm...snggh dan folo blog abm #380..gambar makanan yg sngguh cntik..hehe..sya pun berminat dgn gmbr mkanan ni..tp masih belajar2..klu sudi nnti,snggh ke blog sya eh..pun ada cerita pasal makanan..:)
A.B.M said…
tq adriana sudi singgah dan follow. :) Follwed blog adriana jugak. :)
Unknown said…
This comment has been removed by the author.

Popular Posts